Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penuntut universiti maut terjatuh
  • TEMPATAN

Penuntut universiti maut terjatuh

Utusan Sarawak 5 years ago
MAUT…Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di koridor tingkat dua sebuah kondominium di Tanjung Lobang di Miri, kelmarin.

LIONG CHAI LING

MIRI: Seorang penuntut dalam bidang asas perniagaan sebuah universiti swasta di sini maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah kondominium di Tanjung Lobang, kelmarin.

Lelaki warga Mesir itu dikenali sebagai Yahia Hatem Helmy Mahmoud Sultan,19, ditemui di koridor tingkat dua bangunan kediaman itu dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kiri kepalanya pada kira-kira 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa menyewa pangsapuri itu bersama 12 rakannya pada Ahad selama satu malam.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pada 2.12 pagi, si mati berada di kawasan lif tingkat 15 seorang diri dalam keadaan terhuyung-hayang dan cuba mencari pintu keluar.

“Pada 2.16 pagi, si mati duduk di tebing koridor tingkat itu dalam keadaan tidak stabil sebelum terjatuh dari koridor itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lim berkata, terdapat banyak botol dan tin minuman keras ditemui di ruangan dapur serta ruang tamu kediaman itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Continue Reading

Previous: Lapan penjawat awam ditahan berjudi
Next: Pekerja ladang sawit disamun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.