Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penunggang motosikal maut
  • TEMPATAN

Penunggang motosikal maut

Utusan Sarawak 5 years ago
REMUK… Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Salim-Stabau.

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Salim-Stabau, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Collin Babat berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar 7.00 malam itu, mangsa dikenali sebagai Riccie Balin,33, telah disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sibu.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal yang ditunggang mangsa bergerak dari arah Farley menuju ke Jambatan Durin cuba memotong kenderaan di hadapan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang bergerak lurus.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala, pemandu wanita kenderaan pacuan empat roda yang berusia 53 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” jelasnya menerusi satu kenyataan, semalam.

Collin memberitahu, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Lapangan terbang baharu Lawas di Sundar
Next: Hospital Miri cari waris pesakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.