Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penunggang motosikal cedera
  • TEMPATAN

Penunggang motosikal cedera

Utusan Sarawak 5 years ago
ROSAK… Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Taman Bulatan di Miri,semalam.

MIRI : Seorang penunggang motosikal cedera selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Taman Bulatan di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika mangsa berusia lingkungan 30-an dikatakan dalam perjalanan dari arah Krokop menghala ke Bulatan Saberkas.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba membelok masuk ke simpang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian pintu belakang sebelah kanan kereta berkenaan.

Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Miri dengan menggunakan ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Continue Reading

Previous: 11 lagi barangan terkawal
Next: Bomba musnahkan sarang tebuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.