Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penumpang bas diingat patuhi SOP
  • TEMPATAN

Penumpang bas diingat patuhi SOP

Utusan Sarawak 5 years ago

??????????

TURUN PADANG… Charles sambil diiringi DSP Ariffin menjalankan pemantauan pematuhan SOP di Terminal Bas Pusat Komersil Pahlawan petang semalam.

SIBU: Semua penumpang bas dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan menerusi Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw berkata, pematuhan SOP amat penting demi untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang serta mencegah penularan pandemik covid-19.

“Dalam pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing.

“Jangan hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak polis semata-mata,” jelasnya selepas mengadakan lawatan pematuhan SOP ke Terminal Bas di Pusat Komersil Pahlawan Sibu, petang semalam.

Mengulas lanjut mengenai lawatannya, Charles mendedahkan ia adalah untuk memantau tahap pemantuhan di terminal bas tersebut.

“Saya sekali mengulangi, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam permatuhan SOP,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pasukan Pematuhan Bahagian Sibu, DSP Ariffin Bahar berkata, pihaknya menjalankan pemantauan pematuhan SOP termasuk di Terminal Bas Pusat Komersil Pahlawan.

Katanya, Terminal Bas Pusat Komersil Pahlawan adalah di bawah bidang kuasa Balai Polis Sungai Merah manakala stesen bas henti-henti berhampiran Terminal Penumpang Sibu adalah di bawah Balai Polis Sentral Sibu.

“Ini bermakna Terminal Bas Pusat Komersil Pahlawan ini adalah dipantau oleh pasukan dari Balai Polis Sungai Merah.

“Manakala, stesen bas henti-henti berdekatan Terminal Penumpang Sibu dipantau oleh pasukan dari Balai Polis Sentral Sibu.

“Kita sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua bas ekspres yang tiba dan bertolak dari Sibu,” ujarnya.

Katanya, setiap pasukan pematuhan dengan kekuatan seramai enam anggota dan Unit Rondaan Kenderaan dan Unit Rondaan Bermotosikal.

“Syif pertama bermula dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang, manakala syif kedua dari 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam,” ujarnya.

Dalam pada itu, orang awam yang hendak membuat sebarang aduan boleh menghubungi talian hotline Covid-19 Bahagian Sibu di talian 084-322222 atau 013-9994158(Whatsapp Sahaja).

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 30,000 penduduk terima khidmat Bomba Selangau
Next: Pemandu selamat, lori terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.