Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penjawat awam kena tipu RM164,000
  • JENAYAH

Penjawat awam kena tipu RM164,000

Utusan Sarawak 5 months ago

SIBU: Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM164,000 setelah ditipu pelaburan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, wanita berusia 50-an itu tertarik dengan iklan pelaburan di aplikasi Facebook yang menjanjikan pulangan lumayan.

Katanya, pada 12 Oktober lalu, mangsa menekan pautan iklan tersebut dan berhubung dengan suspek melalui aplikasi What’sApp. 

“Suspek memperkenalkan dirinya sebagai ‘Spark Liang’ dan menambah mangsa ke dalam kumpulan What’sApp ‘Investment Saham Malaysia’ untuk meyakinkannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkipli berkata, mangsa melakukan 15 transaksi pemindahan wang berjumlah RM279,000 ke tiga akaun bank tempatan antara 30 Oktober hingga 22 November.

Katanya, mangsa sempat mengeluarkan RM115,000 daripada pelaburan tersebut. 

“Namun, pada 27 November, akaun pelaburan mangsa disekat, menyebabkan dia tidak dapat membuat sebarang pengeluaran.

“Curiga dengan situasi itu, mangsa menyedari dirinya telah ditipu dan membuat laporan polis pada 13 Disember. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Polis berjaya berkas suspek kes samun bersenjata di Betong  
Next: Polis tahan seorang lelaki kes bunuh wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.