Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penjawat awam benteng, tulang belakang kerajaan
  • TEMPATAN

Penjawat awam benteng, tulang belakang kerajaan

Utusan Sarawak 4 years ago
BAGUS… Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (empat kanan) menunjukkan tanda bagus selepas melancarkan buku Manual Keselamatan Perlindungan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (MYSS) dan Keselamatan Kebakaran dan Kesihatan Pekerjaan MYSS serta melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Myss pada majlis Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi kakitangan MYSS 2019 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Miri, semalam.

MIRI: Penjawat awam berperanan sebagai benteng dan tulang belakang serta memikul tanggungjawab penting kerajaan.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penjawat awam perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan integriti dalam memberi penyampaian perkhidmatan.

“Setiap penjawat awam perlu ada rasa integriti. Integriti adalah prinsip yang wajib ada kepada semua penjawat awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Saya menyeru kepada warga kementerian, berkhidmatlah dengan penuh integriti, jujur, berdedikasi, ikhlas dan amanah,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi kakitangan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (MYSS) 2019 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Seramai 39 kakitangan MYSS menerima APC 2019 yang terdiri daripada ibu pejabat, pejabat bahagian, Dewan Suarah serta Kem Belia Sarawak yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.

Pada majlis sama, Karim turut melancarkan buku Manual Keselamatan Perlindungan MYSS dan Keselamatan Kebakaran dan Kesihatan Pekerjaan MYSS serta Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Myss.

Beliau turut menyaksikan penyerahan fasiliti sukan MYSS kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Karim merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada MYSS kerana menjadi kementerian awal berjaya mendokumenkan Manual dan SOP Keselamatan dan Kesihatan yang merangkumi semua Pejabat Bahagian, Dewan Suarah dan Kem Belia di seluruh Sarawak.

“Ini menunjukkan betapa pihak kementerian memberi keutamaan dan prihatin terhadap aspek kesealamatan di tempat kerja, kemudahan  serta kesihatan para pekerja secara efektif dan holistik,” katanya.

Turut hadir,  Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lampir, Ripin Lamat, Pemangku Setiausaha Tetap MYSS, Nancy Jolhi dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr Ong Kong Swee.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Vendor, kontraktor patuhi standard SEB
Next: Perpaduan, kepimpinan kukuh resepi negeri maju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.