Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peniaga ikan terkesan Covid-19
  • TEMPATAN

Peniaga ikan terkesan Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
Welldon Jamat serta Kamarudin Bujang menunjukkan ikan sultan yang dijual di gerai milik mereka di Pasar Basah Serian. Ikan sultan dijual dengan harga RM10 sekilo.

NUR AIN OTSMAN

SERIAN: Penularan wabak pandemik Covid-19 memberi tamparan hebat kepada peniaga ikan.

Mana tidaknya, hasil jualan yang sebelum ini berjaya dikaut sehingga RM6, 000 sebulan hanya tinggal kenangan.

Welldon Jamat, 34, memberitahu dirinya hanya mampu meraih RM2, 000 sebulan ketika ini.

“Rasa sedih mengenang keadaan yang berlaku, namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencari rezeki,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Basah Serian, semalam.
Tambahnya, kurang pembeli pada masa ini menyebabkan ikan terpaksa dijual pada keesokan harinya.

“Kalau ikan tidak laku pada hari ini, terpaksa dijual keesokan harinya.
“Sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasar basah memang riuh rendah dengan suara peniaga dan pembeli namun kini suram tanpa suara tawar-menawar,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut Kamarudin Bujang, 60, dia hanya mampu meraih 20 peratus jualan ikan.

“Wang yang kami dapat hasil jualan ikan setiap hari memang tidak menampung modal,” ujarnya.

Pasar Basah Serian yang sebelum ini terkenal dengan ikan talapia dan ikan sultan telah menjadi tidak terkenal lagi ketika PKP.
Jelas Kamarudin, sebelum PKP penjualan ikan talapia dan ikan sultan akan habis sebanyak 50 kilogram (kg) setiap hari namun kini cuma 20kg.

Continue Reading

Previous: Anak wartawan cedera dibelasah
Next: Cemas lori dipandu hilang kawalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.