Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengusaha ladang teruja tuai nanas seberat 6.8 kilogram
  • WILAYAH

Pengusaha ladang teruja tuai nanas seberat 6.8 kilogram

Utusan Sarawak 2 years ago
NANAS seberat 6.8 kilogram dituai oleh seorang pengusaha ladang tanaman nanas di Sibu.

SIBU: Seorang pengusaha ladang tanaman nanas teruja apabila tanaman nanas yang diusahakannya mengeluarkan buah seberat 6.8 kilogram.

Nanas bukan hanya enak dimakan, juga mempunyai seribu macam kegunaan lain baik daripada isi buah hinggalah ke daunnya.

Ia juga dikatakan mengandungi Vitamin C yang tinggi, amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau kesan-kesan luka di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ia digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Jalan satu lorong jambatan Seksyen Sibu WPC07 ditutup hingga 13 Mei tahun depan
Next: Tidak terima pelarian Palestin ke Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.