Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pengurusan haji perlu diperkasakan seiring perubahan semasa – Zulkifli
  • SEMASA

Pengurusan haji perlu diperkasakan seiring perubahan semasa – Zulkifli

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGURUSAN ibadah haji perlu sentiasa diperkasa dan bergerak seiring perubahan semasa, termasuk dalam aspek kesihatan, teknologi serta keselamatan jemaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. Foto BERNAMA

JEDDAH: Pengurusan ibadah haji perlu sentiasa diperkasakan menerusi pendekatan ijtihad kontemporari seiring dengan perubahan semasa, termasuk dalam aspek kesihatan, teknologi serta keselamatan jemaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata pengalaman mendepani pandemik COVID-19 sebelum ini membuktikan kepentingan ijtihad dalam memastikan setiap keputusan hukum dan fatwa dapat diputuskan dengan pantas serta tepat mengikut realiti semasa.

“Sudah pasti musim haji memerlukan ijtihad kontemporari dengan pendekatan yang tepat. Sebagai contoh ketika COVID-19, banyak fatwa dan hukum baharu perlu diputuskan menerusi kajian yang pantas dan tepat.

“Ia memerlukan kemampuan untuk kita berinteraksi dengan perubahan dan realiti semasa,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Simposium Haji Perdana ke-50 di sini, pada Selasa.

Beliau berkata pengurusan haji masa kini tidak lagi tertumpu kepada aspek ibadah semata-mata, sebaliknya turut merangkumi isu kesihatan awam, penggunaan teknologi digital serta pengurusan jutaan jemaah secara serentak.

Zulkifli berkata Malaysia mempunyai asas dan kerangka kukuh untuk mendepani cabaran berkenaan menerusi institusi agama, muzakarah serta penglibatan pakar daripada pelbagai bidang.

“Malaysia sebenarnya sudah mempunyai kerangka yang baik. Kita ada muzakarah dan pakar-pakar  berwibawa. Insya-Allah kita mampu mendepani perubahan dan realiti yang sentiasa berubah ini,” katanya.

Beliau berkata prinsip Maqasid Syariah dan konsep al-taysir (memudahkan) perlu terus dijadikan asas utama dalam pengurusan haji moden bagi menjamin keselamatan, keselesaan serta kebajikan jemaah.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Lembaga Tabung Haji terus memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan haji Malaysia kekal tersusun, efisien dan relevan dengan keperluan semasa.

Simposium Haji Perdana (Grand Hajj Symposium) ke-50 yang dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu antara lain membincangkan fiqh isu asas agama Islam berkaitan haji khususnya berhubung kemudahan untuk umatnya.

Bertemakan An active platform serving the guests of God… Half a century of knowledge enrichment, simposium tersebut dihadiri lebih 500 menteri agama, ulama dan pemikir dari 60 negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel naik bagi tempoh 21 hingga 27 Mei
Next: Abang Johari beri bayangan pilihan raya negeri semakin dekat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.