Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel naik bagi tempoh 21 hingga 27 Mei
  • SEMASA

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel naik bagi tempoh 21 hingga 27 Mei

Utusan Sarawak 3 hours ago
HARGA RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel naik bagi tempoh 21 hingga 27 Mei. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia, masing-masing naik 15 sen, 20 sen dan 10 sen seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON97 ditetapkan RM4.85 seliter berbanding RM4.70 seliter sebelum ini, manakala RON95 tanpa subsidi kepada RM4.07 seliter berbanding RM3.87 seliter.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia pula ditetapkan RM4.97 seliter berbanding RM4.87 seliter sebelum ini.

Menurut MOF, pelarasan harga runcit baharu itu adalah selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Dalam tempoh sama, Kerajaan MADANI mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu, meliputi RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter. 

Menurut kenyataan itu, pada harga RON95 tanpa subsidi semasa RM4.07 seliter, penggunaan 200 liter akan menelan kos RM814.

Ini bermakna Kerajaan MADANI menanggung RM416, atau lebih daripada separuh kos sebenar RON95  bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95. 

“Harga minyak mentah Brent kini mencecah sekitar AS$110 setong, hampir 60 peratus lebih tinggi berbanding paras prakonflik sekitar AS$70 setong.

Pada masa yang sama, kos logistik dan premium insurans turut meningkat ketara akibat risiko penghantaran melalui zon konflik, sekali gus memberikan tekanan lanjut kepada harga produk petroleum.

“Gangguan bekalan minyak global juga menjadi semakin meruncing apabila konflik terus berlarutan. Selat Hormuz merupakan laluan bagi sekitar 20 peratus bekalan petroleum dunia, manakala kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan masa untuk dipulihkan,” menurut kenyataan itu.

Justeru, MOF memaklumkan dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memanjangkan bekalan negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes pelaburan RM1.1 bilion: SPRM mohon bantuan AGC peroleh keterangan individu di Taiwan, UK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.