Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pengurus syarikat kontraktor diperintah bela diri atas pertuduhan bunuh
  • MAHKAMAH

Pengurus syarikat kontraktor diperintah bela diri atas pertuduhan bunuh

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO hiasan.

SIBU: Seorang pengurus sebuah syarikat kontraktor diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini
membela diri atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pengumpul besi buruk, dua tahun lepas.

Hakim Wong Siong Tung memerintahkan tertuduh, Tang Kee Tan, 67, membela diri setelah mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

“Mengikut Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah dan setelah mendengar keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pendakwaan dan setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati bahawa satu kes facie telah dibuat oleh pendakwaan terhadap tertuduh bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

“Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut,” katanya.

Mahkamah turut menetapkan 28 dan 29 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan lanjut kes terhadap tertuduh yang diwakili peguam Rosli Gapor.

Tang menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Wong Soon Guan, 37, di tepi Jalan Ulu Siew Bakong, Meradong, Bintangor pada 5 April, 2023, lebih kurang 1.00 pagi dan telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara di Mahkamah Majistret di Bintangor, tertuduh turut didakwa melepaskan tembakan dan mencederakan Wong Soon Woung, 29, di Jalan Ulu Siew Bakong, Meradong, satu kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Kedua-dua pertuduhan ini kemudian dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi.

Sepanjang pendakwaan kes, pihak pendakwa raya yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto telah memanggil seramai 23 saksi pendakwaan.
Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Pasukan pembelaan Najib akan temu bual Roger Ng, mahkamah dimaklumkan
Next: Dua lelaki didenda RM3,000 miliki senjata api, peluru hidup tanpa lesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.