BIGBANG dilantik kehormat agensi angkasa Korea Selatan

Facebook
WhatsApp
Kumpulan K-pop BIGBANG dilantik sebagai duta kehormat Pentadbiran Aeroangkasa Korea (KASA), sekali gus menjadi kumpulan pertama menerima pelantikan itu sejak agensi berkenaan ditubuhkan pada 2024. Foto YONHAP

SEOUL: Kumpulan idola K-pop BIGBANG telah dilantik sebagai duta kehormat untuk agensi angkasa lepas Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik agensi kumpulan itu pada Jumaat.

BIGBANG akan berkhidmat sebagai wakil rasmi Pentadbiran Aeroangkasa Korea (KASA) dan menyampaikan visi masa depan serta dasar utama agensi itu, menurut YG Entertainment.

Ini merupakan julung kali KASA melantik duta kehormat sejak penubuhannya pada 2024.

Kumpulan itu dijangka mengeluarkan single digital “BiiiG” minggu depan dan melancarkan jelajah dunia baharu sempena ulang tahun debut ke-20.- Bernama-Yonhap

Ancaman bom ganggu penerbangan di Eropah

LONDON, 4 November: Kira-kira 10 penerbangan di Eropah menjadi sasaran ancaman bom, menyebabkan sebuah lapangan terbang di Warsaw ditutup sementara