Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pengundi DUN Mahkota pilih wakil rakyat hari ini
  • NASIONAL

Pengundi DUN Mahkota pilih wakil rakyat hari ini

Utusan Sarawak 8 months ago
PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu mencelup jari seorang pengundi dengan dakwat biru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, hari ini. FotoBERNAMA

KLUANG: Seramai 61,274 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini, bagi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Tepat 8.00 pagi tadi, 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran akan dibuka untuk proses pengundian sebelum semuanya ditutup serentak pada 6.00 petang.

Undi awal bagi PRK itu telah berlangsung pada Selasa (24 Sept) melibatkan 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, serta polis di tiga pusat mengundi awal, selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan 607 undi pos pada 15 September.

Secara keseluruhannya terdapat 66,318 pengundi bagi DUN Mahkota dengan majoritinya pengundi Melayu iaitu 56 peratus disusuli pengundi Cina (34 peratus), pengundi India (lapan peratus) dan bakinya lain-lain. 

PRK DUN Mahkota melibatkan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar. 

Kedua-dua calon juga akan mengundi iaitu Syed Hussien, 40, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, manakala Mohamad Haizan, 61, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu. 

PRK DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang, diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.

Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022 menyaksikan Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Ini adalah PRK keempat tahun ini, selepas PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang dan PRK DUN Nenggiri di Kelantan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Majoriti ahli Wilayah Utara tiada baki simpanan asas mencukupi – KWSP
Next: PRK Mahkota: Keputusan dijangka seawal 9.00 malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.