Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengumuman laluan ditutup sempena Regata Sarawak
  • TEMPATAN

Pengumuman laluan ditutup sempena Regata Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Laluan Jalan Main Bazaar, ditutup sepenuhnya bermula 12.00 tengah malam ini (20 Oktober) sempena Regata Sarawak-Festival Tebingan Kuching yang akan berlangsung dari 28 Oktober sehingga 6 November ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, penutupan awal itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan khemah di sepanjang Jalan Main Bazaar.

“Laluan tersebut akan dibuka semula kepada kenderaan awam pada 7 November depan.

“Justeru, pengguna jalan raya dinasihati supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan akibat penutupan jalan main bazaar,”katanya.

Beliau turut memohon kerjasama daripada orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan di Jalan Main Bazaar dan Jalan Tun Abang Haji Openg supaya aliran trafik bergerak lancar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Continue Reading

Previous: KPDNHEP pantau harga barangan kawalan mulai hari ini
Next: NGO mahu lebih ramai calon wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.