Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Pengukir gergaji rantai Korea Selatan cipta nama pada usia 91 tahun
  • INSPIRASI

Pengukir gergaji rantai Korea Selatan cipta nama pada usia 91 tahun

Utusan Sarawak 2 hours ago
KIM Yun Shin, 91 tahun. Foto: AFP

PAJU: Pengukir Korea Selatan, Kim Yun Shin, mengendalikan gergaji rantai dengan penuh ketelitian, memperhalusi seni ukir yang telah diasahnya selama puluhan tahun jauh dari tanah air.

Lama tidak diberi perhatian di negaranya sendiri, Kim kini semakin mendapat pengiktirafan sebagai artis perintis, termasuk dipamerkan dalam retrospektif besar di Muzium Seni Hoam yang berprestij di Korea Selatan.

Pameran solo bertajuk Two Be One itu merupakan yang pertama sejak penubuhan institusi tersebut pada 1982 yang menampilkan artis wanita, dan menghimpunkan beberapa arca abstrak ikoniknya yang diukir daripada kayu keras menggunakan alat pilihannya.

“Gergaji itu adalah tubuh saya,” kata Kim kepada AFP di studionya di Paju, sebuah bandar di barat laut ibu negara, Seoul.

“Apabila saya mengangkatnya dan memotong (kayu), ia mesti bergerak tepat seperti saya, gergaji itu perlu menjadi saya, dan saya perlu menjadi gergaji.”

KIM menggambarkan bahawa gergaji rantai tersebut adalah dirinya sendiri. Foto: AFP

Hoam mempamerkan kira-kira 170 arca dan lukisan Kim, yang mencerminkan penghormatannya terhadap alam semula jadi serta menggabungkan unsur spiritual dengan renungan tentang kewujudan, bahan dan bentuk.

Pada usia 48 tahun, Kim tertarik dengan kekayaan pokok di Argentina lalu membuat keputusan luar biasa untuk berpindah ke negara Amerika Selatan. Beliau akhirnya menetap selama 40 tahun di sana dan mula menceburi bidang ukiran menggunakan gergaji rantai.

Kim menumpukan penggunaan kayu yang padat dan tahan lama seperti palo santo dan algarrobo. Pada masa sama, beliau turut bekerjasama dengan kuari di Mexico dan Brazil untuk bereksperimen menghasilkan arca batu menggunakan bahan seperti oniks dan sodalit.

”Beliau berjaya membentuk dunia seni tersendiri yang diperkaya oleh budaya dan alam semula jadi negara itu,” kata kurator kanan Hoam, Tae Hyun-sun, kepada AFP.

HASIL air tangan KIm dipaparkan di Muzium Seni Hoam yang berprestij di Korea Selatan. Foto: AFP

Seperti ramai artis wanita sezamannya, Kim hanya baru-baru ini mendapat pengiktirafan di peringkat global, kata Rachel Lehmann, pengasas bersama Lehmann Maupin yang mewakili Kim di peringkat antarabangsa serta pernah mempamerkan karyanya di London dan New York.

“Ketekunan dan dedikasi sepanjang hayatnya telah membantu membuka jalan kepada generasi artis wanita seterusnya,” katanya kepada AFP.

Kim kembali ke Korea Selatan selepas pameran solo besar pada 2023 di Seoul yang melonjakkan namanya ke Biennale Venice pada tahun berikutnya.

Antara bekas anak didiknya di Buenos Aires ialah pembikin filem Korea-Argentina, Cecilia Kang, 40, seorang pengarah pemenang anugerah yang kini sedang menghasilkan filem tentang beliau.

KIM dan seni ukirannya mendapat pengiktirafan di peringkat global. Foto: AFP

Sebagai anak kepada pendatang Korea, Kang merasakan tekanan untuk mengikuti laluan hidup konvensional, namun Kim yang pertama kali ditemuinya ketika berusia 13 tahun menunjukkan bahawa menjalani kehidupan dengan melakukan apa yang kita cintai adalah sesuatu yang mungkin.

Pada usia 15 tahun, Kim, yang merupakan pelarian perang, menukar namanya kepada Yun Shin yang bermaksud kebenaran dan kepercayaan. Penukaran nama tersebut adalah atas nasihat seorang sami yang menggesanya agar menghabiskan hidup mencari warna sebenar dirinya.

“Kata-kata itu sentiasa kekal segar dalam ingatan saya. Kadangkala saya merasakan itulah yang membawa saya mengharungi kehidupan saya selama ini.” katanya. – AFP

Tags: Inpirasi

Continue Reading

Previous: Siti Nur Aisyah bina empayar helmet 3D selepas kehilangan keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.