Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni terkejut biawak dalam tandas rumahnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Penghuni terkejut biawak dalam tandas rumahnya

Utusan Sarawak 7 months ago

DALAM TANDAS.....Biawak ditemui dalam tandas salah sebuah rumah di Jalan Tapang. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Penghuni salah sebuah rumah di Jalan Tapang di sini terkejut apabila ternampak seekor biawak dalam tandas rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah tersebut sekitar jam 6.48 petang semalam. 

“Respon dengan panggilan kecemasan dari penghuni rumah, tiga anggota bomba bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor biawak berukuran lebih kurang dua kaki panjang berada dalam tandas,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, anggota bomba menangkap biawak menggunakan alat penjerut. 

“Setelah berjaya ditangkap, biawak dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam. 

“Khidmat khas menangkap biawak selesai sepenuhnya jam 7.00 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Tingkatkan kesedaran kepentingan pertolongan cemas
Next: Bomba bantu bawa pelajar sesak nafas di Gua Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.