Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni cemas lihat ular sawa ‘tumpang’ sangkar burung
  • WILAYAH

Penghuni cemas lihat ular sawa ‘tumpang’ sangkar burung

Utusan Sarawak 9 months ago
SANGKAR BURUNG… Ular sawa ditemui dalam sangkar burung. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Penghuni salah sebuah rumah di Jalan Masjid Baru cemas apabila ternampak seekor ular sawa berada dalam sangkar burungnya, awal pagi tadi. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.15 pagi. 

“Lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

TANGKAP ULAR… Anggota APM Sarikei menangkap ular sawa. Foto APM Sarikei 
 

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa berukuran 2.5 meter panjang berada di dalam sangkar burung,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, sebentar tadi. 

Katanya, anggota APM Sarikei menangkap ular sawa menggunakan teknik menyepit dan menjerut. 

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang empat minit. 

“Operasi menangkap ular selesai sepenuhnya pada 4.30 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lima ranting PBB Zon Trusan Lawas selesai bermesyuarat
Next: SMK Samalaju bakal jadi sekolah menengah termoden di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.