Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni bimbang tanah susur di hadapan rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

Penghuni bimbang tanah susur di hadapan rumah panjang

Utusan Sarawak 1 month ago
PANTAU… Pihak Pejabat Daerah Kapit, APM Kapit, JKR Bahagian Kapit, dan JBPM Kapit membuat pemantauan tanah susur di Rumah Kanang.
FotoAPM Kapit

KAPIT: Penghuni rumah panjang (Rh) Kanang di Nanga Kebiaw, di sini berdepan perasaan bimbang dengan kejadian tanah susur berlaku di hadapan rumah panjang mereka.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapit, Kapt. (PA) Mohamad Noor Ini, berkata hujan lebat semalaman pada 4 April lalu, telah menyebabkan penghuni rumah panjang terbabit semakin resah.

“Pihak Pejabat Daerah Kapit, APM Kapit, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kapit membuat pemantauan tanah susur di Rh Kanang.

“Sampai di lokasi, pihak JKR terus membuat siasatan bagi menentukan tindakan selanjutnya. “Caution Tape” turut dipasang di kawasan kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak APM menasihati penduduk rumah panjang supaya tidak mendekati kawasan kejadian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Lawatan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anak buaya tersangkut dalam jala ditangkap
Next: Bomba guna 18 minit laksana khidmat khas musnah sarang tebuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.