Jalan Chai Chon Kam ditutup sementara 3 hingga 4 Oktober ini

Facebook
WhatsApp
PENUTUPAN JALAN…Jalan Chai Chon Kam, Kota Samarahan akan ditutup sementara pada 3 hingga 4 Oktober ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan pokok. Foto MPKS

KOTA SAMARAHAN: Jalan Chai Chon Kam di sini akan ditutup sementara selama dua hari pada 3 dan 4 Oktober ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pokok dilaksanakan.

Penutupan jalan berkenaan akan berkuat kuasa pada Sabtu dan Ahad, bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh penutupan.

Pengguna juga diminta mematuhi arahan pegawai trafik dan papan tanda keselamatan yang dipasang di lokasi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang kerja penyelenggaraan dijalankan.

Orang ramai turut diminta bersabar dan berhati-hati ketika melalui kawasan berhampiran lokasi kerja serta sentiasa mengutamakan keselamatan.