Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Penghuni berjaya kawal kebakaran sebelum bomba tiba
  • KEBAKARAN

Penghuni berjaya kawal kebakaran sebelum bomba tiba

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEBAKARAN TERKAWAL…Kebakaran yang berjaya dipadam penghuni rumah di Taman Cahaya Limbang. Foto Bomba Limbang

LIMBANG: Tindakan pantas seorang penghuni berjaya mengawal kebakaran di kediamannya daripada merebak dalam kejadian di Taman Cahaya, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikerahkan ke lokasi, kira-kira tiga kilometer dari balai, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.36 pagi.

Menurut kenyataan itu, kebakaran melibatkan bahagian siling sebuah bilik di rumah jenis tidak kekal dengan anggaran kemusnahan kira-kira tiga peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

“Tiada operasi pemadaman dijalankan oleh pihak bomba. Anggota hanya membuat pemeriksaan bagi memastikan api benar-benar padam dan keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas penghuni elak kebakaran merebak
Next: Kebakaran hutan bukit di Sematan, 2.9 hektar berjaya dipadam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.