Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pengesahan umur: Platform media sosial wajib hormati undang-undang Malaysia – Fahmi
  • NASIONAL

Pengesahan umur: Platform media sosial wajib hormati undang-undang Malaysia – Fahmi

Utusan Sarawak 2 hours ago
MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR: Platform media sosial yang beroperasi di Malaysia wajib menghormati serta mematuhi setiap undang-undang di negara ini khususnya membabitkan aspek keselamatan dan perlindungan golongan kanak-kanak di alam siber.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, penegasan itu selaras dengan langkah proaktif kerajaan menguatkuasakan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran akaun media sosial bermula hari ini, menerusi pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC).

Beliau berkata penguatkuasaan kedua-dua kod di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) itu merupakan langkah pertama yang amat penting bagi melindungi golongan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun daripada sebarang kemudaratan dalam talian.

“Ini adalah langkah pertama, ada langkah-langkah susulan yang perlu kita ambil termasuk terhadap platform (media sosial) yang ingkar. Ada platform yang merasakan mereka lebih besar daripada negara kita.

“Kalau mahu berniaga dan melaksanakan aktiviti dalam negara kita, platform besar wajib menghormati undang-undang negara kita,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Bermula hari ini, Malaysia menguatkuasakan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran dan pembukaan akaun media sosial untuk memastikan individu di bawah umur 16 tahun tidak lagi dibenarkan membuka akaun media sosial. 

Bagi pengguna sedia ada, pengesahan umur akan dilaksanakan secara progresif dalam tempoh sehingga enam bulan oleh pemberi perkhidmatan media sosial yang berkaitan. 

Menerusi peraturan baharu itu, pengguna yang ingin mendaftar akaun diwajibkan mengemukakan dokumen pengenalan rasmi yang dikeluarkan kerajaan seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID sebagai pengesahan umur.

Keperluan pengesahan umur itu terpakai kepada perkhidmatan media sosial berlesen termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.  – Bernama 

Continue Reading

Previous: Ralat teknikal paparan BUDI95, had bulanan kekal 200 liter – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.