Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengerusi Wanita SUPP Pusat pertahan kenyataan Dr Sim, dakwa DAP amalkan dwistandard
  • TEMPATAN

Pengerusi Wanita SUPP Pusat pertahan kenyataan Dr Sim, dakwa DAP amalkan dwistandard

Utusan Sarawak 4 hours ago
KHO Teck Wan mempertahankan kenyataan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, dalam satu kenyataan media di Kuching.

KUCHING: Pengerusi Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Kho Teck Wan, mempertahankan kenyataan “Kasi DAP Telur” oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, sambil mengkritik DAP kerana didakwa mengamalkan dwistandard dalam reaksinya.

Kho berkata, pemimpin DAP termasuk wakil rakyat dan anggota sayap pemudanya, DAPSY, terlalu cepat melabel kenyataan itu sebagai angkuh, dan menyifatkan reaksi berkenaan sebagai keterlaluan serta hipokrit.

Menurutnya, kenyataan tersebut dibuat ketika Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di hadapan ahli parti, dengan tujuan menaikkan semangat serta memotivasikan mereka menjelang pilihan raya akan datang.

“Retorik seperti ini adalah amalan biasa dalam politik. Parti-parti menggunakan slogan untuk menggerakkan penyokong masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mendakwa DAP selama ini menggunakan bahasa yang lebih keras dan provokatif terhadap lawan politik, dan mempersoalkan mengapa kenyataan sedemikian kini dikecam.

“Mengecam kenyataan sebegini adalah tidak konsisten dan menafikan prinsip kebebasan bersuara. Hak untuk memotivasikan ahli parti bukan milik eksklusif DAP,” katanya.

Kho juga mempertikaikan dakwaan pemimpin DAP bahawa frasa ‘Bagi DAP Telur’ boleh ‘memusnahkan demokrasi di Sarawak’, yang disifatkannya sebagai mengelirukan dan berkepentingan sendiri.

Menurutnya, dakwaan tersebut seolah-olah merendahkan kematangan politik rakyat Sarawak serta mencerminkan sikap mementingkan diri.

“Adakah hanya DAP mampu memainkan peranan semak dan imbang? Adakah parti tempatan Sarawak kurang mampu menjadi pembangkang yang berwibawa?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik rekod DAP yang didakwanya lebih banyak menumpukan kepada kritikan berbanding menyumbang kepada pembangunan, perpaduan dan keharmonian sosial di negeri ini.

Sebagai contoh, Kho membangkitkan penentangan DAP terhadap pelaksanaan Cukai Jualan Negeri lima peratus ke atas produk petroleum eksport yang diperkenalkan pada 2018.

Katanya, dasar itu telah mengukuhkan kedudukan kewangan Sarawak sejak Januari 2019 dengan menjana sekitar RM28.5 bilion hasil setakat Oktober 2025.

“Jika kerajaan Sarawak mengikut pendirian DAP, negeri ini mungkin terlepas peluang penting untuk mengukuhkan sumber hasilnya,” katanya, sambil menambah dana tersebut kini menyokong pelbagai inisiatif termasuk manfaat kesihatan warga emas, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan pendidikan tinggi percuma.

Kho berkata sudah tiba masanya rakyat Sarawak menilai semula relevansi dan keberkesanan DAP sebagai parti pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri.

“Demokrasi tidak ditentukan oleh kewujudan satu parti sahaja, tetapi oleh kekuatan, tanggungjawab dan kematangan semua pihak yang terlibat,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Jangan lakukan pembakaran terbuka ketika musim kemarau – Rosey
Next: Kerajaan perhebat kawalan bekalan, harga barangan depani krisis bekalan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.