Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pengecualian tarif sektor aeroangkasa antara intipati rundingan timbal balas AS – MITI
  • GLOBAL

Pengecualian tarif sektor aeroangkasa antara intipati rundingan timbal balas AS – MITI

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Ketua Setiausaha (Industri) (MITI) Datuk Hanafi Sakri

SHAH ALAM: Pengecualian sektor aeroangkasa daripada dikenakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) merupakan salah satu intipati dalam rundingan timbal balas antara kerajaan Malaysia dan AS. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) (MITI) Datuk Hanafi Sakri berkata sektor aeroangkasa merupakan salah satu sektor kritikal yang sekiranya dikenakan tarif akan memberi kesan kepada kedua-dua syarikat tempatan dan juga syarikat AS.

“Jika boleh, kita mahu semua sektor dikecualikan (daripada tarif) dalam proses rundingan bersama AS.

“Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada sektor itu (tahap kritikalnya) dan bagi sektor aeroangkasa, sekiranya dikenakan tarif, syarikat AS (dalam sektor aeroangkasa) juga akan terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan hangar KarbonMRO dan perkhidmatan enjin KarbonMRO, di sini, hari ini.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tentera Pakistan musnahkan 12 dron India
Next: Filipina kecam provokasi bahaya China ketika latihan bersama di Terumbu Scarborough

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.