Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengarah syarikat rugi RM222,000 akibat lelongan barangan antik tidak wujud
  • JENAYAH

Pengarah syarikat rugi RM222,000 akibat lelongan barangan antik tidak wujud

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA POLIS DAERAH SIBU….ACP Azari Miskon.

SIBU: Seorang pengarah syarikat pembinaan mengalami kerugian RM222,000 akibat terlibat dalam aktiviti lelongan barangan antik tidak wujud dalam talian. 

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, pada 22 Mac lalu, mangsa, 70, lelaki tempatan melayari Facebook dan menemui akaun yang menawarkan perkhidmatan lelongan barangan antik. 

Menurutnya, mangsa kemudian berhubung dengan dua individu melalui aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon luar negara yang menawarkan khidmat lelongan dan meminta pelbagai bayaran. 

“Suspek menawarkan khidmat melelong pasu antik milik mangsa dan meminta bayaran pendahuluan serta caj tambahan bagi urusan lelongan, dokumentasi dan pelepasan hasil jualan,” jelasnya menerusi kenyataan.

Katanya, bagi meyakinkan mangsa, suspek mengemukakan resit serta dokumen dipercayai palsu, termasuk bukti kononnya transaksi lelongan dijalankan di luar negara.

“Mangsa telah membuat bayaran berperingkat ke beberapa akaun bank tempatan sebelum menyedari ditipu apabila diminta lagi membuat bayaran tambahan. Jumlah kerugian adalah RM222,000,” ujarnya lagi.

Azari memberitahu, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 April, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran lelongan atau pelaburan yang tidak dapat disahkan, khususnya melalui media sosial, serta tidak membuat bayaran ke akaun pihak ketiga tanpa semakan teliti,” ujarnya.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman Facebook @cybercrimealertRMP @JSJKPDRM. 

Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/⁠.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat rekod lampau dadah bawa padah, lelaki dihukum penjara enam tahun
Next: Ketulan kristal disyaki syabu ditemui, lelaki ditahan polis di Jalan Kelupu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.