Empat rekod lampau dadah bawa padah, lelaki dihukum penjara enam tahun

Facebook
WhatsApp
PENAGIH dadah dijatuhi hukuman enam tahun penjara serta dua kali sebatan dan dua tahun pengawasan. Foto IPD Meradong

SARIKEI: Seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun dijatuhi hukuman enam tahun penjara serta dua kali sebatan dan dua tahun pengawasan selepas didapati bersalah atas kesalahan dadah berulang di Mahkamah Sesyen Sarikei, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata, pertuduhan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan rekod lampau kesalahan dadah yang dimiliki suspek.

“Pertuduhan dilakukan dibawah Seksyen 39C(1) ADB 1952 di Mahkamah Sesyen Sarikei di hadapan hakim, Stella Augustine Druce kerana suspek mempunyai sabitan lebih daripada dua rekod lampau dibawah Seksyen 15(1)(a)ADB 1952.

“Lelaki tersebut mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dadah serta dijatuhi hukuman enam tahun penjara dengan dua kali sebatan dan dua tahun pengawasan.

“Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sarikei, Aiman Zarith Zahrrullail,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Tambahnya, Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman maksimum sehingga tujuh tahun penjara dan tiga kali sebatan jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Kami menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras penyalahgunaan dadah melalui Balai Polis Bintangor di talian 084-693222.

Oleh Earl Anek

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari

Sekolah di Serian dibuka semula esok

KUCHING: Semua sekolah menengah dan rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan beroperasi seperti sediakala mulai esok. Jabatan