Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penganjuran sukan permotoran cungkil bakat muda  
  • SUKAN

Penganjuran sukan permotoran cungkil bakat muda  

Utusan Sarawak 6 months ago
HEBAT… Dato Ahmad Ibrahim dan Andy Chong menunjukkan poster dan piala sambil merakamkan gambar bersama pihak penganjur dan atlet selepas sidang media.

PETRA JAYA: Penganjuran ’Super GP Borneo Star Drift Series X National Drift Series Borneo’ menyediakan landasan terbaik untuk meningkatkan sukan permotoran ke tahap optimum di Sarawak.

Presiden Persatuan Sukan Permotoran Sarawak (SMA), Senator Dato Ahmad Ibrahim berkata, acara permotoran itu juga menyediakan platform yang akan mencungkil bakat luar biasa atlet dalam bidang tersebut.

”Sukan permotoran terutamanya ’drifting’ ialah arena dinamik yang melangkaui sempadan kemahiran dan kreativiti kerana ia memerlukan disiplin dari segi ketepatan, kawalan dan tumpuan yang tinggi.

”Acara seperti ini bukan sekadar perlumbaan, ia adalah platform untuk memberi inspirasi, menyatukan dan meningkatkan sukan permotoran ke tahap yang lebih tinggi di Sarawak dan seluruh rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa sidang media ’Super GP Borneo Star Drift Series X National Drift Series Borneo’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya acara itu menyediakan ruang kepada para atlet untuk terus meningkatkan kemahiran daripada peserta lain dari luar Sarawak sekali gus memupuk perpaduan menerusi sukan permotoran.

”Saya amat memuji usaha Kelab Sukan Permotoran Kuching Drift Crew (KDC) dalam menganjurkan acara ini dan ini mencerminkan peranan penting mereka dalam memajukan industri sukan permotoran di negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Andy Chong berkata acara pusingan akhir pada tahun ini melibatkan 44 peserta dari pelbagai negeri dan negara termasuk Sarawak, Kuala Lumpur, Sabah, Selangor, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Untuk makluman, acara Pusingan Akhir ’Super GP Borneo Star Drift Series X National Drift Series Borneo’ itu akan berlangsung di Litar Lumba Permyjaya, Miri dari 13 hingga 15 Disember ini.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool benam Real Madrid 2-0, cetus kekalahan ketiga 
Next: Arsenal mahu kejar Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.