Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
  • NASIONAL

Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000

Utusan Sarawak 12 months ago
PENGERUSI Eksekutif Summer Bay Lang Island Resort Sdn Bhd, Datuk Chong Fah Ming (kiri) memberi penjelasan kepada pemberita berkaitan isu penganjuran parti liar, Aloha Party di Pulau Lang Tengah, Kuala Nerus Isnin lalu ketika ditemui di Wisma Darul Iman, hari ini. Pemilik Summer Bay Resort dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 setelah selepas kerajaan negeri mendapati penganjur iaitu pemilik resort itu melanggar peraturan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002. Pemilik resort juga diarah menghentikan program tersebut untuk tahun-tahun akan datang yang didakwa diadakan secara tertutup khas untuk pengunjung resort. FotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah di Kuala Nerus yang menganjurkan parti liar ‘Aloha Party’ Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000 kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berkata pemilik resort juga diarah tidak lagi menganjurkan program berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun ia didakwa diadakan secara tertutup khas untuk pengunjung resort.

“Kita telah panggil pemilik resort dan pengurusan untuk beri penjelasan, dan daripada penjelasan itu kita dapati banyak perkara atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dilanggar, antaranya program itu diadakan secara ulangan setiap tahun tanpa pengetahuan pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), polis dan sebagainya,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemilik dan pengurusan Summer Bay Resort di Wisma Darul Iman hari ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan di semua resort dan pusat percutian di negeri ini bagi mencegah kejadian seumpama itu daripada berulang pada masa akan datang.

Razali berkata, selain itu, pihaknya juga akan mengkaji semula enakmen hiburan negeri untuk menaikkan kadar kompaun bagi menimbulkan kegerunan serta pengajaran terhadap pemain industri pelancongan yang cuba melanggar peraturan.

“Saya nasihatkan pengusaha dan agensi pelancongan jangan ambil kesempatan untuk lakukan kecelakaan maksiat di negeri Terengganu. Kita ada SOP dan akan ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat dengan perkara yang melanggar tatacara dan peraturan,” katanya.

Sementra itu Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort Datuk Chong Fah Ming memohon maaf kepada kerajaan negeri dan rakyat Terenggganu atas kekecohan yang berlaku.

Menurut beliau pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menganjurkan sesuatu program pada masa depan bagi mengelak daripada menyentuh sensitiviti umat Islam. – Bernama

Continue Reading

Previous: TH perluas penggunaan MRE di Masyair
Next: Jemaah haji diingatkan sentiasa pakai gelang, kad pengenalan diri TH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.