Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penganjur pantau rapi penjualan tiket konsert Nidji
  • TEMPATAN

Penganjur pantau rapi penjualan tiket konsert Nidji

Utusan Sarawak 3 months ago
JAWAB SOALAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, bercakap pada sidang media Konsert Nidji Pelangi 2025 Kuching.

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, memberi jaminan bahawa pihak penganjur akan memantau rapi penjualan tiket konsert Nidji: Pelangi Di Kuching 2025 bagi mengelakkan masalah ulat tiket.

Dalam sidang media hari ini, Karim menjelaskan bahawa urusan penjualan tiket diuruskan sepenuhnya oleh penganjur acara.

Sementara itu, kementerian hanya membantu dari segi kewangan dan kemudahan.

“Pihak penganjur pandailah menguruskan hal ini.

“Kalau tiket boleh dicetak sesuka hati, itu tidak boleh berlaku.

“Tiket mesti ada watermark dan ciri keselamatan lain untuk mengelakkan pemalsuan.

“Kalau tiket boleh dicetak oleh orang lain, itu akan menjadi masalah besar.

“Namun, dengan adanya teknologi yang semakin canggih, sistem kawalan boleh dipertingkatkan bagi memastikan penjualan berjalan lancar.

“Saya percaya tidak akan ada masalah dalam penjualan tiket kerana langkah-langkah keselamatan yang diambil sudah mencukupi,” katanya.

BAKAL GEGAR PENTAS… Zairul Adrry Helmy merakam gambar bersama barisan penyanyi yang bakal beraksi pada Konsert Nidji Pelangi 2025 Kuching.

Beliau berkata demikian ditemui media pada sidang media Konsert Nidji Pelangi 2025 Kuching, di sini, hari ini.

Beliau juga optimis bahawa tiket akan habis terjual memandangkan lebih separuh daripada 5,000 kapasiti Stadium Perpaduan Sarawak telah ditempah lebih awal.

Tambahnya lagi, konsert tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Sarawak untuk menarik pelancong melalui acara muzik.

Selain menghiburkan penduduk tempatan, dijangka acara seperti ini dapat menarik penonton dari Brunei, Singapura, Indonesia dan seluruh Malaysia untuk datang ke Sarawak.

Turut diadakan sidang secara maya bersama kumpulan Nidji yang ketika ini berada di Bandung, Indonesia.

Turut hadir pada sidang media yang diadakan di pusat beli-belah Plaza Merdeka, Pengarah Konsert Nidji, Zairul Adrry Helmy, vokalis Drama Band, Epol Roza, Zah Amirul, Bob Yunus, The Beretta’s dan rakan strategik konsert dan penaja.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AirAsia plane skidded of the runway at KIA is fake, Farhan says
Next: Wee beri perhatian kepada nasib 22 penghuni kehilangan tempat berteduh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.