Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penganggur dicekup edar dadah
  • TEMPATAN

Penganggur dicekup edar dadah

Utusan Sarawak 5 years ago

ADI SAFARMAN

SARATOK: Sudahlah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid -19, seorang lelaki warga tempatan yang ditahan semalam turut dipercayai cuba mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata, lelaki berkenaan ditahan oleh anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan Kilometer (KM) 1, Jalan Kabong-Nyabor sekitar jam 8.55 malam.

“Semasa anggota polis sedang melakukan pemantauan PKP OP COVID-19, mereka telah menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki tersebut seterusnya telah dibawa ke Balai Polis Kabong dan dibuat pemeriksaan lanjut tubuh badan.

“Hasilnya pihak polis menjumpai satu plastik berwarna hijau dan mengandungi 18 paket plastik kecil lutsinar yang berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

“Semuanya dianggarkan seberat lebih kurang 4 gram. Suspek ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” ujarnya.

Mordani berkata lelaki tempatan yang berusia 52 tahun dan merupakan seorang penganggur serta sudah berkahwin itu seterusnya direman selama empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan lanjut.

Continue Reading

Previous: PBSM Limbang sumbang 4,000 unit penutup mulut, hidung
Next: Tindakan keras terhadap pesalah langgar PKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.