MUKAH: Seramai 99 orang memerlukan di kalangan komuniti Cina di sini menerima Food Basket Yayasan Kebajikan Negara (YKN) pada hari Khamis (16 April).
Bantuan berupa barang keperluan harian tersebut telah disalurkan melalui Ahli Parlimen Mukah (Pusat Khidmat Parlimen 213 Mukah), Dato Hanifah Hajar Taib.
Diagihan di kawasan Dewan Undangan Negeri Tellian (N.57 Tellian) yang juga merupakan salah sebuah kawasan DUN di bawah P.213 Mukah, ia telah disampaikan oleh Penghulu Henry Lee Liong Ing dan Kapitan Ting Siew Leong.
Justeru, Lee, merakamkan terima kasih kepada Dato Hanifah dan kerajaan atas bantuan yang sedikit sebanyak boleh meringankan beban terutama bagi mereka yang memerlukan.
“Kita telah agihkan sebanyak 99 di kalangan kaum Cina yang memerlukan di Kawasan DUN Tellian. Selaku, ketua masyarakat Cina tempatan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen, Dato Hanifah Hajar Taib dan semua yang terlibat atas bantuan ini,” katanya.
Tambah Lee, bantuan itu memang amat membantu terutama bagi tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini.
Dalam masa yang sama, beliau juga menasihati penduduk tempatan untuk sentiasa mematuhi panduan yang termaktub dengan PKP.
“Saya juga menyeru kepada penduduk di kawasan ini untuk mengambil serius tentang PKP kerana ia adalah untuk kebaikan bersama terutama di dalam usaha untuk memutuskan raintaian virus Covid-19. Di samping itu, jaga kebersihan diri dan ‘Just Stay At Home,” ujarnya lagi.
Difahamkan untuk Kawasan DUN Tellian, sejumlah 666 Bantuan Food Basket YKN telah diagihkan kepada penerima yang memerlukan sempena PKP ini.
Sebelum pengagihan, mereka menerima bantuan berkenaan daripada Exco Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB Negeri Sarawak) Royston Valentine, dan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Mohd Tarmizi Karnain Abdah dari Pusat Khidmat P.213 Mukah.