Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penerbangan pertama Jemaah haji 9 Mei – TH
  • NASIONAL

Penerbangan pertama Jemaah haji 9 Mei – TH

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) tahun kewangan 2023, hari ini. TH hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2023, sama seperti tahun lepas. Turut hadir Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain (kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman (kiri). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia tahun ini dijadualkan pada 9 Mei, kata Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata, bagi penerbangan terakhir jemaah haji ke Arab Saudi pula dijadualkan 9 Jun 2024.

“Insya-Allah hari wukuf adalah 15 Jun 2024,” katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Syed Hamadah berkata, kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.

“Pihak TH telah berusaha untuk mendapatkan kuota tambahan dan ia masih terlalu awal untuk mendapatkan jawapan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, keseluruhan 31,600 bakal jemaah haji telah menerima tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

“Kebanyakan (yang menerima tawaran) adalah mereka yang gilirannya memang jatuh pada tahun 1445H (tahun ini) dan juga ada yang tertangguh dari tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, kira-kira enam peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji itu ialah mereka yang membuat rayuan untuk menunaikan ibadah itu.

Mengenai perancangan penelitian semula kadar minimum deposit pendaftaran haji iaitu RM1,300 ketika ini, Syed Hamadah berkata, hal itu masih dalam kajian TH dan belum ada keputusan muktamad berkenaan perkara tersebut.

“Insya-Allah, mungkin dalam masa terdekat kita akan membuat pengumuman mengenai perkara ini,” katanya.

Berhubung perkembangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada kerajaan untuk membuat keputusan berhubung laporan pengurusan serta pengoperasian TH itu, sama ada didedahkan kepada umum atau sebaliknya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan buka bidaan kuota solar 2000MW
Next: BKKA 2024 dibayar kepada penjawat awam Jumaat ini – KPPA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.