Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Penerbangan berjalan lancar
  • BISNES

Penerbangan berjalan lancar

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia tidak membatalkan mana-mana penerbangan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar hari ini.

AirAsia mengesahkan bahawa tiada penerbangan harian ke Myanmar dan Thailand dibatalkan, dengan Thailand turut merasakan gegaran itu.

Sementara itu, Batik Air Malaysia turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada penerbangan  dibatalkan.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu dilaporkan mengalami sedikit kelewatan akibat gempa bumi berkenaan dan kini kembali beroperasi seperti biasa.

Kedua-dua syarikat penerbangan itu memaklumkan sedang memantau rapat keadaan berkenaan dan akan memberikan maklumat terkini seterusnya sekiranya perlu.

Malaysia Airlines turut mengesahkan tiada gangguan yang berlaku kepada penerbangannya susulan gempa bumi berkenaan.

Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku sekitar 12.50 tengah hari.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Eksport dari lapan negeri naik kepada RM71.6 bilion
Next: Harga tiket murah: Rakyat Sarawak gembira, tidak mengeluh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.