Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penemuan Mayat: Polis Bintawa minta pihak hilang ahli keluarga tampil ke balai
  • TEMPATAN

Penemuan Mayat: Polis Bintawa minta pihak hilang ahli keluarga tampil ke balai

Utusan Sarawak 2 years ago
Mayat tidak beridentiti ditemui di perhentian bas Jalan Utama Bintawa Kuching, semalam dibawa oleh polis ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

KUCHING: Mayat seorang lelaki tidak beridentiti ditemui di perhentian bas Jalan Utama Bintawa Kuching.

Penemuan mayat dalam keadaan tertiarap di atas bangku perhentian bas itu dilaporkan oleh orang awam kepada pihak polis sekitar 7.00 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada si mati.

“Si mati dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun dengan ketinggian 165cm berpakaian seluar pendek berwarna coklat ketika ditemui dalam keadaan tertiarap.

“Hasil siasatan dijalankan pihak polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur kekerasan pergelutan atau pebuatan jenayah pada badan si mati,” ujarnya.

Mayat lelaki itu kemudian dibawa oleh polis ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Merbin justeru menasihatkan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau Sgt Mejar Siti Mariam 016-4461345 untuk pengesahan dan mengenal pasti mayat tersebut yang kini ditempatkan di rumah mayat HUS.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Bom air strategi padam kebakaran hutan di Sarawak – Khirudin
Next: Perubahan laluan di persimpangan ke Lundu WPC02 mulai 15 Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.