Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penemuan dokumen Malaysia di Ukraine: PDRM tunggu maklumat lanjut kedutaan Rusia
  • NASIONAL

Penemuan dokumen Malaysia di Ukraine: PDRM tunggu maklumat lanjut kedutaan Rusia

Utusan Sarawak 7 months ago

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghubungi Kedutaan Rusia di sini berkenaan dakwaan mengenai seorang warga tempatan yang terlibat sebagai askar upahan dalam konflik antara negara tersebut dan Ukraine.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan untuk berhubung dengan Kedutaan Rusia dijalankan oleh Cawangan Khas Bukit Aman.

“Kita masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak kedutaan untuk pengesahan, termasuk status warga tempatan yang dikaitkan dengan kejadian itu (menjadi tentera upahan),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Razarudin berkata pihaknya juga telah berhubung dengan keluarga individu terlibat baru-baru ini dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, individu itu hanya belajar di luar negara.

“Tindakan sedang diambil oleh PDRM dan semua diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi. Orang ramai juga diingatkan agar tidak terlibat dengan mana-mana ‘pejuang asing’ atau konflik membabitkan negara lain,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang beralamat di Perlis ditemukan di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan itu mendakwa dokumen tersebut ditemukan selepas tentera Rusia menawan kubu tentera lawan di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion
Next: Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di 11 negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.