Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk tarik nafas lega
  • TEMPATAN

Penduduk tarik nafas lega

Utusan Sarawak 4 years ago
TINJAU … Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi meninjau dan melawat ke tapak projek RTP DUN Pantai Damai di Pangkalan Sungai Pelaie, Kuching semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Penduduk Kampung Salak boleh menarik nafas lega selepas impian untuk memiliki pengkalan tetap di kawasan tanah besar bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pembinaan pengkalan di Sungai Loba Pelait itu akan menelan belanja RM470,000 menerusi dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Pengkalan yang bakal dibina dalam tempoh lapan bulan itu akan memberi manfaat kepada lebih 500 penduduk Kampung Salak.

“Pembinaan pengkalan ini sudah dicadang lama dan kini ia akan menjadi kenyataan.

“Sebelum ini mereka masih belum memiliki pengkalan tetap di kawasan seberang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak projek RTP DUN N.4 Pantai Damai di sini, semalam.

Jelasnya, penduduk hanya mengambil masa 15 minit menggunakan bot untuk ke Kampung Salak.

“Pengkalan tersebut juga dapat membantu merancakkan kehadiran pelancong ke Kampung Salak.

“Sebagai sebuah kampung nelayan, Salak mempunyai banyak tarikan terutama produk ekopelancongan,” ujarnya.

Turut hadir, Penghulu Salak Abdul Wahid Mat.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: KM terima kunjungan AZAM Sarawak
Next: Bangunan 1001 kenangan menyembah bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.