Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk perlu kemas kini perundangan berkaitan lintas sempadan
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk perlu kemas kini perundangan berkaitan lintas sempadan

Utusan Sarawak 6 months ago
DAMPINGI KOMUNITI… Datuk Hasbi Habibollah (empat, kiri) ditemani Khalthom (tiga, kiri) menyerahkan hadiah pertandingan mewarna kepada salah seorang pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak. 

LIMBANG: Penduduk yang mendiami daerah sempadan negara dan negeri jiran perlu mengemaskini maklumat perundangan baharu berkaitan hal dan aktiviti lintas sempadan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, maklumat itu perlu bagi memudahkan mereka terutama berkaitan aktiviti lintas sempadan melibatkan negara jiran Brunei, Kalimantan di Lawas dan negeri Sabah.

“Dalam pada itu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bahagian Limbang juga perlu  menyampaikan pelbagai perkara baharu.

“Ini termasuk hal berkaitan sempadan, lintas sempadan dan perundangan baharu kepada  penduduk yang mendiami kawasan sempadan antara Limbang dan Brunei,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada program Sesi Libat Urus Program Khidmat Masyarakat (CSR) Bersama Komuniti Setempat anjuran JIM Bahagian Limbang di Dewan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tedungan Limbang, baru-baru ini.

Turut bersama ialah Ketua Imigresen Bahagian Limbang Khalthom Ahmad.  

Ahli Parlimen Limbang itu berkata lagi, program sedemikian ia dapat mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta mengeratkan silaturrahim antara masyarakat setempat dengan agensi-agensi kerajaan terutama ekali Jabatan Imigresen Malaysia dalam mengeratkan jalinan ukhwah dikalangan agensi bagi memudahkan urusan kerja.

“Program ini dapat memperkenalkan peranan serta fungsi agensi disamping berkongsi maklumat dengan masyarakat setempat mengenai perkhidmatan yang diberikan.

“Pada masa sama  ia mampu memberi peluang kepada agensi kerajaan untuk menyelami serta memahami permasalahan masyarakat setempat secara bersemuka dan mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan warga JIM bagi membantu masyarakat setempat secara sukarela,” ujarnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anak-anak Sarawak di Limbang perlu kuasai STEM elak tertinggal ilmu teknologi baharu
Next: 982 pelajar sekolah rendah dapat tajaan perlindungan bernilai lebih RM21 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.