Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Penrissen diberi taklimat terkini projek dokumentasi tanah DBNA
  • Selatan
  • WILAYAH

Penduduk Penrissen diberi taklimat terkini projek dokumentasi tanah DBNA

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETIBAAN Dr Jerip Susil disambut oleh ahli-ahli DBNA.

KUCHING: Penduduk setempat menerima maklumat terkini mengenai kemajuan pelaksanaan projek pembangunan tanah di bawah Land Documentation Project (LDP) Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) bagi kawasan Penrissen menerusi Majlis Dialog dan Penerangan LDP yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Bratan, hari ini.

Majlis itu bertujuan untuk memaklumkan penduduk kampung yang terlibat mengenai perkembangan semasa projek penyukatan tanah, di samping memberi penjelasan berhubung proses pelaksanaan serta kepentingan dokumentasi tanah adat secara sistematik dan sah.

Antara pengisian program termasuk perkongsian data penting dan info berkenaan kerja-kerja penyukatan tanah, selain pendedahan pengalaman lapangan oleh pasukan pelaksana projek.

ANTARA tetamu yang menghadiri sesi dialog hari ini. 

Sesi dialog turut dijalankan bagi memberi ruang kepada penduduk mengemukakan pertanyaan, pandangan serta mendapatkan penjelasan lanjut secara terus daripada pihak pelaksana.

Dalam ucapannya, Dr Jerip turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi menyokong pelaksanaan program dan aktiviti DBNA Cawangan Penrissen bagi 2026.

Program seumpama ini dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh kefahaman komuniti terhadap usaha berterusan mendokumentasikan dan memajukan tanah adat Bidayuh di bawah inisiatif LDP DBNA secara telus, tersusun dan menyeluruh.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil, bersama ahli-ahli DBNA Cawangan Penrissen dan penduduk setempat.

Oleh Amanda L.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KRT disaran manfaatkan platform digital perkukuh ekonomi komuniti
Next: Fast Culture Auto Festival 2025 terus meriah di Stadium Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.