Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk merungut, liputan komunikasi lemah
  • TEMPATAN

Penduduk merungut, liputan komunikasi lemah

Utusan Sarawak 5 years ago

JIKU JUGUONG

MARUDI: Penduduk pekan Long Lama mengelami liputan rangkaian perkhidmatan Celcom yang lemah sejak beberapa hari yang lalu di mana sistem pesanan ringkas (SMS)tidak dapat diterima pada kebanyakkan masa.

Ketua Masyarakat Kaum Cina, Daerah Telang Usan Penghulu Desmond Yap Cheng Siang berkata ramai penduduk di pekan ini merungut perkhidmatan Celcom yang tidak memuaskan yang perlu dipertingkatkan secepat mungkin.

Menurut Desmond liputan perkhidmatannya tidak memuaskan di mana penerimaan isyarat rangkaian di kawasan pekan ini adalah teruk dan kerap tiada isyarat.

Tegasnya sekarang ini adalah masa yang sangat kritikal yang mana seluruh Negara ketikaini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran wabak Covid-19.

“Waktu inilah kami amat memerlukan maklumat terkini Covid-19 melalui perkhidmatan internet, WhatsApp, Facebook dan media sosial yang lain,’katanya.

Ujar Desmond ada satu menara didirikan depan sebuah klinik kesihatan yang sudah lama siap iaitu pada tahun lepas, dan sehingga sekarang tidak nampak apa-apa bahawa menara tersebut akan digunakan.

Desmond amat mengharapkan pihak syarikat yang bertanggungjawab dapat mempertingkatkan segera liputan perkhidmatan yang dihadapi penduduk Long Lama.

Continue Reading

Previous: PKP: Sarawak kekal 7 malam hingga 7 pagi
Next: PDRM, RELA periksa 21 kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.