Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penduduk Lundu, Sematan perlu lebih banyak mesin ATM
  • SEMASA

Penduduk Lundu, Sematan perlu lebih banyak mesin ATM

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSUSUN PANJANG … Keadaan penduduk yang berbaris panjang menunggu giliran terutamanya di sebelah pagi untuk berurusan di sebuah bank, di Lundu.

LUNDU: Rata-rata penduduk di pekan Lundu dan pekan kecil Sematan menggesa supaya lebih banyak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta bank tempatan yang lain disediakan di Lundu.

Sekitar tinjauan Utusan Sarawak di Lundu semalam, salah seorang penduduk Anatasia Geres, 27 tahun berkata keadaan seperti menuggu giliran dalam satu barisan yang panjang bagi urusan bank di satu-satunya bank di pekan itu bukan sahaja berlaku semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

“Ianya turut terjadi setiap kali semasa hujung bulan, apabila masa menerima gaji dan juga lebih-lebih lagi di musm perayaan.

“Kami memang terpaksa berbaris panjang di bank bagi mengeluarkan wang tunai dan keadaan akan bertambah teruk jika hanya 2 daripda 4 ATM  sahaja yang beroperasi,” katanya.

Beliau menambah ianya adalah sangat perlu bagi mesin ATM diperbanyakkan untuk penduduk di Sematan dan Lundu.

“Rakyat di Lundu semakin bertambah, oleh itu empat ATM memang tidak mencukupi,” katanya.

Kristina Kloho, 32 tahun pula berkata untuk memudahakn urusan setiap orang, khidmat tambahan ATM dan bank tempatan lain memang amat diperlukan.

“Sekurang-kurangnya, sediakan perkhidmatan ATM bank Maybank atau Bank Simpanan Nasional (BSN). Jika dilihat juga, agak ramai penduduk disini pengguna bank BSN,” katanya.

Sapherra Lieyma Enggi, 24 tahun turut menyuarakan pandangan tentang keperluan perkhidmatan tambahan ATM, DCM dan bank di pekan itu.

“Kadang-kadang masalah seperti  mesin rosak ataupun tergendala menyebabkan orang ramai terpaksa berpatah balik.

“Dan untuk sistem mesin kembali pulih sedia kala bakal memakan masa yang agak lama ,iaitu dalam 2 hingga 3 hari, keadaan ini amat menyukarkan penduduk jika terdapat kecemasan,” katanya.

Katanya lagi, di salah sebuah stesen minyak di pekan Lundu, terdapat sebuah mesin ATM namun sering bermasalah.

“Penduduk juga sering membuat aduan namun keadaanya tetap sama,” katanya lagi.

Continue Reading

Previous: 40,000 kit ujian Covid-19 untuk S’wak
Next: Operasi ACD Taman Desa Ilmu dilanjut 3 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.