KUCHING: Kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak masih kurang baik dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di 14 daripada 18 stesen pemantauan berada pada tahap tidak sihat setakat 4.00 petang ini, manakala beberapa stesen mencatat peningkatan berbanding tengah hari tadi.
Peningkatan itu antaranya direkodkan di IPD Serian yang naik empat mata kepada 196, Kuching meningkat empat mata kepada 189, manakala Lubok Antu naik tiga mata kepada 182.
Miri turut menunjukkan peningkatan ketara sebanyak lapan mata kepada 143, manakala Tebedu meningkat enam mata kepada 159.
Pada masa sama, beberapa kawasan lain mencatat penurunan kecil, termasuk Samarahan, Sarikei, Sibu, Samalaju, Lundu dan Bario.

Selain IPD Serian dan Kuching, Lubok Antu mencatat bacaan 182, diikuti Samarahan (179), Sri Aman (176), Lundu (176) dan Sarikei (173).
Sibu pula merekodkan bacaan 162, diikuti Tebedu (159), Mukah (158), Bintulu (157), Samalaju (153), Miri (143) dan Lawas (107).
Sementara itu, Kapit mencatat bacaan 94, ILP Miri (90) dan Limbang (79), masing-masing pada tahap sederhana.
Bario pula menjadi satu-satunya stesen yang merekodkan bacaan pada tahap baik dengan IPU 47.




