Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk bersyukur terima bantuan
  • TEMPATAN

Penduduk bersyukur terima bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago

ADUM LIU

SAMALAJU: Penduduk Kampung Nyalau Hulu melahirkan rasa bersyukur selepas mendapat perhatian dan bantuan bekalan makanan daripada Syarikat H&L High-Tech Decs Sdn Bhd semalam.

Pengurus Ladang, Sahie Ahad ketika ditemui berkata, syarikat berkenaan peka terhadap kesulitan penduduk kampung yang jauh dari pekan untuk membeli bekalan ketika penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan ke 28 April ini.

Katanya, bantuan itu adalah usaha dan inisiatif syarikat itu membantu penduduk kawasan dan  berusaha membantu kerajaan membendung serta menghapuskan rantaian Covid-19.

“Syarikat H&L High-Tech Decs Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur telah melabur secara usaha sama dengan Kampung Nyalau Hulu dalam perladangan kelapa sawit beberapa tahun lalu.

“Sebanyak 101 buah pintu rumah di Kampung Nyalau Hulu telah menerima pengagihan bantuan bekalan makanan yang berupa beras, gula, roti, tepung kopi dan mee segera,” jelasnya.

Kampung Nyalau terletak di sempadan pentadbiran Majlis Daerah Subis dan Bintulu di Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu, dari Bintulu ke Nyalau sekitar 90 kilometer.

Seorang penduduk, Yahya Ahad 53 tahun dan selaku Pemangku Imam yang mewakili ketua kampung ketika ditemui Utusan Sarawak melahirkan rasa kesyukuran dan berterimakasih terhadap keprihatinan syarikat itu dalam menyumbang bekalan makanan semasa kesulitan pada PKP ini.

Calon Ahad 54 tahun pula berkata, pentadbiran syarikat itu sangat baik kerana faham tentang keadaan penduduk di sini.

Tambahnya, bantuan bekalan makanan tersebut telah banyak membantu dan meringankan bebanan yang dihadapi ketika PKP ini. Sementara itu, Jelani Lamat 47, turut mengucapkan terima kasih  kerana keprihatinan syarikat tersebut membantu penduduk kampung yang sukar ke pekan untuk membeli bekalan.

Continue Reading

Previous: Bot karam, langgar ‘tugboat’
Next: Agihan bantuan DUN Kalaka, Krian selesai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.