JAWATANKUASA Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Pemindahan menzahirkan kesyukuran kerana projek pembinaan padang futsal sudah siap.
Pengerusinya yang juga Ketua Kaum, Man Galau berkata padang futsal tersebut siap tepat pada waktunya dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
“Fasiltii tersebut boleh digunakan untuk aktiviti sukan namun pihak JKKK perlu menubuhkan dulu jawatankuasa yang akan menjaga ke atas fasilti berkenaan supaya ia lebih teratur dan dikendalikan dengan baik,” katanya.
Bagaimanapun jelasnya dalam keadaan sekarang, penularan pandemik Covid-19 masih lagi membelenggu kita, maka aktiviti sukan seperti permainan futsal belum dapat diadakan sehingga rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan.
Sementara itu satu lagi kemudahan asas yang amat diperlukan penduduk kampung ialah projek pembinaan dewan masyarakat yang dibina berhampiran dengan padang futsal.
Menurut beliau pembinaan dewan masyarakat Kampung Pemindahan kini akan dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa terdekat.
“Dengan adanya dua fasilti ini maka lengkaplah keperluan penduduk kampung yang amat di nanti-nantikan selama ini,”, katanya.
Belau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui wakil rakyat Marudi, Datu Dr Penguang anak Manggil kerana telah merealisasikan impian penduduk kampung untuk mendapatkan dua fasiiti yang cukup penting ini.
Dalam pada itu jelas Man, buat sementara waktu penduduk kampung menggunakan dewan Surau Kampung Pemindahan untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti-aktiviti yang lain.
“Saya berharap golongan belia minta bersabar untuk menggunakan padang futsal tersebut oleh kerana keadaan sekarang belum mengizinkan lagi ekoran pandemik Covid-19,” katanya.
Oleh JIKU JUGUONG