Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan terus jadi keutamaan sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi
  • PENDIDIKAN

Pendidikan terus jadi keutamaan sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AMANAT… Dato Sri Roland Sagah Wee Innketika berucap pada Sesi Jaringan Bersama Universiti Milik Kerajaan Negeri Sarawak.

KUCHING: Pendidikan Sarawak terus menjadi keutamaan sebagai pemacu utama pembangunan sosioekonomi, apabila kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh akses, meningkatkan kualiti, dan menjamin kesaksamaan dalam sistem pendidikan tinggi.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata kerajaan komited memastikan anak Sarawak mendapat pendidikan berkualiti tanpa perlu meninggalkan negeri sendiri, sekali gus menyokong matlamat Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Setiap institusi dan agensi pembangunan bakat di negeri ini memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan Sarawak melalui pendidikan, penyelidikan dan pembangunan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Jaringan Bersama Universiti Milik Kerajaan Negeri Sarawak di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

RAKAM KENANGAN… Dato Sri Roland Sagah Wee Inn merakamkan gambar bersama tetamu kehormat lain pada Sesi Jaringan Bersama Universiti Milik Kerajaan Negeri Sarawak.

Dalam pada itu, katanya pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) bermula tahun 2026 yang akan menanggung yuran pengajian bagi pelajar Sarawak di institusi milik kerajaan negeri mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa pendidikan dalam kalangan anak Sarawak.

“Ini bukan sekadar soal bantuan kewangan, tetapi satu langkah strategik untuk menggalakkan lebih ramai anak tempatan menuntut ilmu di institusi dalam negeri.

“Kita mahu membina kapasiti dan kepakaran di bumi sendiri. Kita percaya bahawa pendidikan ialah alat paling berkuasa untuk mengubah kehidupan dan menggerakkan mobiliti sosial.

“Dengan memfokuskan kepada pembangunan pendidikan dalam negeri, kita melabur dalam masa depan Sarawak,” katanya.

Beliau menambah, skim itu turut menyediakan elaun RM15,000 setahun kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, serta merangkumi 64 program ijazah yang diselaraskan dengan keperluan ekonomi masa depan negeri.

Menurutnya lagi, penekanan terhadap pendidikan dalam negeri dapat merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar, di samping menyokong perkembangan tenaga kerja berkemahiran tinggi melalui bidang seperti TVET dan STEM.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan fokus sediakan prasarana pendidikan terbaik
Next: Pupuk kesedaran terhadap adab, etika pelajar di masjid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.