Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan perlu sokongan menyeluruh semua pihak – Dr Safiee
  • PENDIDIKAN

Pendidikan perlu sokongan menyeluruh semua pihak – Dr Safiee

Utusan Sarawak 5 hours ago
BERSAMA RAKYAT… Dr Safiee merakam kenangan bersama para tetamu pada Majlis Kongsi Raya Gawai di SK Kampung Tebaang, semalam.

DARO: Kejayaan agenda pendidikan di Sarawak tidak boleh dipikul oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan berterusan daripada pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat bagi memastikan pembangunan modal insan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, Kerajaan Sarawak terus komited memperkukuh sektor pendidikan menerusi pelbagai inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak Sarawak mendapat peluang pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang dan lokasi.

Menurutnya, pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang akan menentukan masa depan pembangunan negeri serta kesejahteraan masyarakat.

DR SAFIEE ketika tiba di SK Kampung Tebaang bagi menghadiri majlis Kongsi Raya Gawai, semalam.

“Kerajaan Sarawak sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan modal insan melalui penyediaan bantuan pendidikan, penambahbaikan kemudahan sekolah dan pelaksanaan pelbagai program yang menyokong kecemerlangan pelajar.

“Usaha membangunkan pendidikan memerlukan kerjasama semua pihak. Sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu bergerak seiring bagi memastikan anak-anak memperoleh persekitaran pembelajaran yang terbaik serta mampu mencapai potensi sepenuhnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Kongsi Raya Gawai anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tebaang, semalam.

DR SAFIEE semasa menghadiri majlis Kongsi Raya Gawai di SK Kampung Tebaang, semalam.

Dr Safiee turut menegaskan bahawa budaya saling menyokong antara institusi pendidikan dan masyarakat mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang berilmu, berdaya saing serta berakhlak mulia.

“Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai amat penting dalam menghubungkan sekolah dengan komuniti bagi memastikan pembangunan pendidikan dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berharap segala sumbangan yang disalurkan kepada sekolah dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi meningkatkan kualiti pembelajaran dan menyokong pelbagai aktiviti pembangunan pelajar.

Pada majlis tersebut, Dr Safiee turut menyampaikan sumbangan dana berjumlah RM9,000 kepada PIBG SK Kampung Tebaang.

Sumbangan berkenaan merangkumi peruntukan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan sekolah serta bantuan untuk menjayakan penganjuran majlis Kongsi Raya Gawai tahun ini.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 37 pelajar Daro terima Insentif Kemasukan IPT
Next: Pembinaan PPD Selangau yang baharu tingkat kecekapan pentadbiran pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.