Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pendaki Malaysia jatuh di laluan Gunung Rinjani, operasi menyelamat sedang dijalankan
  • GLOBAL

Pendaki Malaysia jatuh di laluan Gunung Rinjani, operasi menyelamat sedang dijalankan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO Balai Taman Nasional Gunung Rinjani.

JAKARTA: Seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12.00 tengah hari waktu tempatan, menurut pihak berkuasa taman negara.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan pelbagai agensi melibatkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.

“Mangsa masih berada di lokasi kejadian dan sedang dibantu oleh ketua rombongan serta tiga anggota daripada pasukan pendakian,” kata Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam kenyataan pada Sabtu.

Pihak taman negara menjelaskan pendaki, yang dikenali dengan inisial RAG, dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip oleh seorang juru pandu dari agensi pendakian, Juan Adventure Rinjani.

RAG memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

“Pendakian adalah satu pengembaraan, tetapi keselamatan adalah keutamaan,” kata pihak taman negara, sambil menggesa semua pendaki untuk sentiasa peka, saling membantu, dan menghormati alam sekitar.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Program Lan Berambeh Anak Sarawak UK 2025 cipta sejarah, terima sambutan hangat di Eropah
Next: PRU2025 Singapura: PAP kekal pegang majoriti lebih dua pertiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.