
BRATISLAVA: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang seekor beruang perang di denai pendakian di Slovakia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Laporan itu memetik jurucakap penyelamat, yang bercakap kepada agensi berita TASR semalam.
“Kami menghantar pesakit berusia 36 tahun itu yang mengalami kecederaan pada bahagian leher ke hospital di Žilina dengan helikopter,” kata jurucakap itu.
Insiden berlaku semalam di kampung Stráňavy, di pinggir padang rumput bersempadan dengan hutan. Hari ini, saluran televisyen TV Markíza melaporkan butiran lanjut.
Lelaki itu mengalami banyak kecederaan, terutamanya akibat gigitan, namun dikatakan berada dalam keadaan stabil.
Ketika serangan itu, dia dilaporkan turut melihat dua anak beruang berdekatan. Beruang yang menyerang itu berkenaan berkemungkinan melindungi anaknya.
Pihak berkuasa menyeru orang ramai untuk mengelak kawasan tersebut. Perangkap kamera turut dipasang untuk mengesan sebarang kemunculan semula beruang itu dengan segera.
Menurut data rasmi terakhir yang diterbitkan pada 2022, terdapat kira-kira 1,200 beruang perang hidup di kawasan liar di Slovakia. – Bernama