Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pendaki Australia lakukan cubaan rekod Everest dari laut ke puncak
  • GLOBAL

Pendaki Australia lakukan cubaan rekod Everest dari laut ke puncak

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR edaran yang dirakam pada 22 April 2026 oleh Stanley Gaskell ini menunjukkan pendaki Australia, Oliver Foran (kanan), sedang berjalan kaki di Kothe, Taman Negara Makalu Barun di Nepal. Foto AFP

KATHMANDU, Nepal: Dalam kalangan ratusan pendaki yang berhasrat menawan Gunung Everest pada musim ini, seorang warga Australia berusia 27 tahun, Oliver Foran, memulakan perjalanannya dari lokasi yang jauh dengan berbasikal dan seterusnya berjalan kaki dari paras laut.

Foran berhasrat memecahkan rekod 67 hari bagi cabaran ‘laut ke puncak’, dengan terlebih dahulu mengayuh sejauh 1,150 kilometer dari Teluk Bengal di India menuju ke Nepal, sebelum meneruskan perjalanan berjalan kaki ke puncak setinggi 8,849 meter yang diliputi ais.

“Saya sentiasa berhasrat untuk mendaki Gunung Everest, namun saya ingin melakukannya dengan cara yang istimewa,” kata Foran kepada AFP melalui telefon ketika berehat daripada pendakiannya menuju ke Kem Pangkalan Everest, sebelum meneruskan perjalanan ke titik tertinggi di dunia.

Perjalanan tersebut juga bersifat amat peribadi apabila beliau mengumpul dana bagi menyokong kesihatan mental golongan belia.

DALAM kalangan ratusan pendaki yang berhasrat menawan Everest pada musim ini, Foran, 27, memulakan perjalanannya dari lokasi yang jauh dengan berbasikal sebelum meneruskan perjalanan berjalan kaki sepenuhnya dari paras laut. Foto AFP

Bekas ejen hartanah itu menawan gunung utama pertamanya, Island Peak di Nepal setinggi 6,189 meter pada 2024.

Beliau kemudiannya menawan Ama Dablam setinggi 6,812 meter pada tahun lalu.

Gunung Everest dijangka menjadi gunung pertama berketinggian 8,000 meter yang akan ditawannya.

Sejak enam bulan lalu, beliau menjalani latihan intensif meliputi aktiviti berbasikal, senaman fizikal dan latihan pernafasan bagi meningkatkan daya tahan menghadapi altitud tinggi.

Cabaran laut ke puncak merupakan pencapaian yang jarang berlaku dan pertama kali direalisasikan oleh seorang lagi warga Australia, Tim Macartney-Snape, pada 1990.

Beliau mengambil masa tiga bulan untuk berjalan kaki dari paras laut hingga ke puncak Everest, dan dokumentarinya telah mencetuskan inspirasi kepada Foran.

Rekod semasa dipegang oleh pendaki Korea Selatan, Kim Chang-ho, yang berjalan kaki dan berkayak menyusuri Sungai Ganges, berbasikal ke Nepal, sebelum mendaki ke kem pangkalan pada 2013, lima tahun sebelum beliau meninggal dunia ketika ekspedisi di gunung lain.

Foran menyasarkan untuk memendekkan tempoh rekod tersebut sebanyak seminggu dan mencapai puncak dalam masa 60 hari. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Serang pelajar guna tukul, lelaki Jepun larikan diri selepas sembur polis
Next: OpenAI disaman: ChatGPT didakwa terlibat dalam perancangan serangan di sekolah Kanada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.