Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pencuri sanggup pecah rumah kebun demi tangga aluminium dan tong drum
  • JENAYAH

Pencuri sanggup pecah rumah kebun demi tangga aluminium dan tong drum

Utusan Sarawak 2 hours ago
PENCURI sanggup pecah rumah kebun demi tangga aluminium dan tong drum

BAU: Seorang pencuri dipercayai sanggup memecah masuk sebuah rumah kebun semata-mata untuk melarikan pelbagai barangan termasuk tangga aluminium, tong drum dan tangki air dalam kejadian di Kampung Segong, Singai, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, kejadian itu antara dua kes pecah masuk yang dilaporkan di daerah tersebut, semalam.

Menurutnya, dalam kes pertama, laporan polis dibuat sekitar 7.53 pagi oleh seorang pekerja kebun tempatan berusia 61 tahun selepas mendapati rumah kebunnya telah dipecah masuk.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 4 Jun apabila pengadu mendapati cermin tingkap belakang rumah kebunnya telah dipecahkan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa barangan telah hilang termasuk satu unit tangki air, satu unit tong drum, satu unit tangga aluminium, dua keping atap jenis spandek dan sebatang kayu belian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kerugian bagi kes tersebut dianggarkan sekitar RM839.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki premis berkenaan melalui tingkap belakang selepas memecahkan cermin rumah kebun itu.

Dalam kejadian berasingan, sebuah rumah kuarters di Pusat Kesihatan Daerah Bau turut menjadi sasaran penjenayah apabila beberapa peralatan elektrik dan kelengkapan rumah dilaporkan hilang.

Mohd Haide berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat sekitar 2.10 petang oleh seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun selepas mendapati pintu rumahnya telah dipecahkan.

Menurut beliau, antara barangan yang dilaporkan hilang ialah enam unit lampu, enam unit suis elektrik, sebuah mesin basuh, mesin pemanas elektrik, sebuah pencetak serta sebuah peti sejuk.

“Kerugian dianggarkan berjumlah RM2,000 dan siasatan awal mendapati suspek dipercayai merosakkan kunci sebelum memasuki rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi.

Setakat ini, katanya, tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan kediaman terutama rumah yang jarang didiami atau terletak di kawasan terpencil.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Lelaki positif tiga jenis dadah ditahan, miliki rekod lampau
Next: Padah curi motosikal, dicekup ketika menunggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.