Penasihat kempen Trump tarik diri

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
BRAD PARSCALE

WASHINGTON: Brad Parscale, penasihat kanan un- tuk kempen pilihan raya Pre- siden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menarik diri bagi mendapatkan bantuan terhadap ‘tekanan yang me- lampau’ lapor agensi berita Xinhua.

“Saya mengundurkan diri dari syarikat saya dan sebarang peranan dalam kempen itu untuk masa depan bagi memberi tumpuan kepada keluarga saya dan menda- patkan bantuan menangani tekanan yang luar biasa,” kata Parscale dalam satu ke-nyataan kepada media AS, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Parscale dibawa ke sebuah hos- pital selepas isterinya me- laporkan bahawa beliau bersenjata dan mengancam akan mencederakan dirinya sendiri di dalam rumah me- reka di Fort Lauderdale, Florida.

Parscale, 44, meletak jawatan sebagai pengurus kempen Trump 2020, pada Julai tetapi terus terbabit me- ngawasi strategi digitalnya.

Beliau digantikan oleh Bill Stepien, bekas Pengarah Hal Ehwal Politik Trump di Rumah Putih.– Bernama