Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penantian penduduk Daerah Daro, Matu, Pulau Bruit berakhir  
  • TEMPATAN

Penantian penduduk Daerah Daro, Matu, Pulau Bruit berakhir  

Utusan Sarawak 5 months ago

DARO: Sejarah baharu tercipta pada awal tahun 2025 apabila Jambatan Muara Lassa dibuka kepada orang ramai hari ini selepas majlis prapelancaran.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, pembukaan jambatan yang sekian lama dinantikan oleh penduduk di sekitar Daerah Daro dan Daerah Matu, termasuk Pulau Bruit.

“Jambatan ini akan memudahkan dan mempercepatkan perjalanan mereka berbanding sebelumnya, di mana perkhidmatan feri kadang-kadang memerlukan waktu yang lama, dengan penduduk terpaksa menunggu berjam-jam di pengkalan feri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Premier Sarawak dan kerajaan yang telah menjadikan impian rakyat kawasan Parlimen Igan menjadi kenyataan melalui pembinaan jambatan tersebut.

Jambatan yang bernilai RM597 juta ini merupakan hasil daripada projek mega yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

Dengan siapnya jambatan ini, ia dijangka akan membawa perubahan besar kepada kehidupan masyarakat di kawasan Matu, Daro, dan Pulau Bruit, khususnya dari segi impak ekonomi dan kualiti hidup.

Oleh Tarani Lanting / Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR diminta tambah bilangan feri di Batang Paloh, Batang Igan setelah Jambatan Muara Lassa siap
Next: Peratusan kanak-kanak terima pendidikan awal tunjuk peningkatan positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.